Monday 23 March 2009

UDAH BALIK KAMPONG KE BELUM


Saya balik kampong hujung minggu ini, 21-22 Mac 2009. Di Kampong Bukit Pupok, Batu 5, Jalan Muar, Segamat, Johor, tempat saya dilahirkan tetapi bukan dibesarkan. Seberapa boleh, jika PDRM tidak berhajat untuk membekukan pergerakkan kami kerana akan ada demonstrasi jalanan, sebulan sekali, saya akan balik ke kampong untuk menjengah ibu yang telah berumur 76 tahun. Lagipun arwah abah disemadikan di kampong. Dan sejak bercucu, seingat saya, saya tidak pernah balik kampong tanpa cucu bersama. Kecuali Hari Raya Aidil Fitri di mana cucu saya akan berhari raya dengan opahnya di Telok Anson, Perak.


Saya sengaja menggunakan nama lama yang ada kaitan dengan penjajah inggeris kerana selama ini rakyat kita pun tidak pernah bebas dari belenggu penjajahan. Kita hanya bebas fisikal tetapi bukan merdeka minda. Jika tidak, mengapa budak-budak kita pilih rap dari dangdut. Mengapa Persatuan Setan Betina In Islam a.k.a. Sisters In Islam yang diasaskan oleh seorang betina Yahudi, masih menyalak mengatakan Islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.

Saya membawa cucu saya bersama kerana saya tidak mahu, apabila besar nanti, cucu saya akan menjadi seperti Khairy Jamaluddin dan kuncu-kuncunya yang menjadi penasihat polisi negara. Bagaimana mahu memahami hati nurani dan jiwa rakyat, jika anda sendiri tidak pernah dibesarkan dan bersekolah di Malaysia. Saya mahu cucu saya melihat dan merasai bagaimana majoriti orang melayu di Malaysia hidup. Biar dia merasa bagaimana digigit nyamuk dan berkaki ayam memijak selut.

Walaupun tidak dibesarkan di kampong, setiap cuti sekolah, arwah abah tetap akan menyeberang Tambak Johor untuk menghantar saya adik beradik balik ke kampong. Musim persekolahan ketika itu ada 3 penggal. Cuti penggal satu, dalam bulan April selama 2 minggu, penggal 2, dalam bulan August selama 3 minggu dan penggal ketiga selama 5 minggu akan bermula pada penghujung November.

Dan sepanjang cuti tersebut, kami akan berada di kampong bersama arwah atuk lelaki dan perempuan dan sepupu sepapan untuk makan nasi bersila dan sarapan dengan cok kodok atau ubi rebus dan sambal ikan kering. Aku belajar tidur beramai-ramai di ruang depan rumah atuk, beralaskan tikar mengkuang dan berselimutkan gebar yang arwah Atuk Milah (Wan Jamilah, atuk perempuan aku) buat dari guni tepung gandum Cap Bunga Ros atau Cap Kunci.


Benar, aku tidak pernah menoreh, atau bersawah atau bertani untuk mencari sesuap nasi. Tetapi semasa di kampong, aku tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menoreh, membeku dan memesinkan getah. Aku masih ingat berjalan kaki ayam atas batu kerikil untuk ke perigi, yang jaraknya lebih kurang 500 ela dari rumah. Aku belajar menimba air dari perigi dan mengandar air dalam 2 tin minyak tanah untuk dibawa balik ke rumah. InsyaAllah, sehingga hari ini aku masih ingat bagaimana untuk menyalakan lampu gas yang menggunakan mentol kain Cap Mata.

Betul, aku tidak dibesarkan di kampong tetapi selama 10 tahun tempoh persekolahan ku, setiap cuti sekolah, akan aku habiskan di kampong, melakukan apa yang budak kampong lakukan. Sekurangnya aku boleh emphatised dengan masyarakat kampong.
Terima kasih abah kerana mengajar saya melihat dan merasa kehidupan dari pelbagai sudut. Syukur, setakat ini, jika di kampong, cucu saya tidak berjalan terjengkit-jengkit dan meraung, ”Atuk, gelilah the tanah, I want go home KL, I want go home KL”.

Apahal aku tiba-tiba cerita pasal balik kampong ini. Saje nak tanya. Bagi anda yang jarak perjalanan ke kampong cuma 3 jam (Ipoh, Segamat, Melaka, atau bandar yang sejarak dengannya), berapa kali sebulan anda balik ke kampong menjengah orang tua dan mengingati kembali tidak semua orang melayu berduit macam anda. Atau mungkin anda terlalu sibuk dengan tugas memakmurkan negara atau anda tidak mahu kereta Honda anda kena lecah atau anda (jika lelaki) akur kepada arahan isteri yang tidak membenarkan anda balik kampong.

Pada mereka yang terlibat dalam mengubal dasar negara maupun negeri, yang kononnya untuk rakyat, pernahkah anda menggunakan andang untuk pergi ke surau. Atau adakah dasar yang anda bantu gubal, dirangka melalui kaca mata orang bandar sebagaimana dasar pembelajaran mathematics dan sains dalam bahasa penjajah.

Akhir sekali untuk semua anak buah dan boss-boss aku, yang masih berkhidmat dalam PDRM dan masih bersikap perengus, bermasam muka, dan suka tengking-tengking atau melekeh-lekehkan kaum marhaen yang datang berjumpa tuan untuk mendapatkan bantuan, cuba ingat sedikit.

Anda berasal dari mana? Kenapa setelah ada kuasa sedikit, berlagak sombong dan lupa yang anda pernah melepek tidak ada kerja, satu masa dahulu. Yang hairannya, boleh pulak anda semua senyum macam kerang busuk apabila yang berjumpa anda adalah seorang VVIP atau orang bergelar Ketua Bahagian UMNO, MCA atau MIC. Yang tak buat macam saya nyatakan, mesti tidak marah dengan nasihat saya ini. Siapa yang makan cili, dialah yang berasap telinga.


Hingga jumpa lagi, hopefully within 48 hrs, salam dari orang bandar yang mengerti hati orang kampong, AKU.

2 comments:

Anonymous said...

saya pula anak jati segamat... stju sgt2 dgn entry ni.rmai yg dok ota dh lupa desa.plg sdih mkbpk msih hdup kg tp ada yg hrap ikhsan jiran2 uk sesuap nasi. ape kessss?? not just 4 stars, i give u 5 for this entry TUANNNN!!!!hehe...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Dearest Uncle B,
How are u today? Getting better?
I tak tau nak komen apa..tapi among the memories yg I ingat during my childhood years...bila I melawat rumah kakak yg jaga i masa kecik di Parit Buntar, rumah dia tgh sawah bendang...I rasa tempat tu cantik sgt dan tenang, nak masuk dlm selut, nak lari2 kat batas2 tp since I was a girl, I was expected to behave properly, isk,isk...
It is good to know dat ur beautiful cucu is allowed to be with nature freely without any objection from you.

Salam mesra,
Jayden